7 Khasiat Peria:
1. Cantikkan Kulit
Peria katak mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi untuk merangsang sel kulit dan menjadikannya lebih cantik. Vitamin C ini juga membantu menyembuhkan luka dengan pantas.
2. Penawar Diabetes
Peria tidak menjurus kepada satu-satu organ dalaman atau tisu tertentu dalam badan seperti ubat-ubatan, ia hanya memudahkan fungsi metabolisme glukos dalam darah. Hal ini kerana, peria mempunyai dua sebatian penting yang memainkan peranan penting dalam menurunkan paras glukos dalam darah.
3. Penglihatan
Peria katak mempunyai betakerotene yang memberikan khasiat kepada mata manusia untuk menjadikan penglihatan lebih baik.
4. Buasir
Peria katak juga menjadi rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit buasir yang teruk oleh masyarakat kampung dengan cara bertangas. Peria katak perlu direbus sehingga mendidih dan berwap. Kemudian wap tersebut didedahkan kepada kawasan buasir tersebut dalam keadaan duduk mencangkung.
5. Menurunkan Berat Badan
Peria katak mempunyai selulosa yang berfungsi sebagai serat utama untuk memudahkan penghadaman makanan. Peria katak juga merembeskan jus hempedu untuk meningkatkan metabolisma badan.
6. Kecutkan Rahim, haid teratur dan banyakkan susu
Bagi golongan wanita, peria katak memberikan beberapa khasiat seperti memperbanyak susu badan, mengecutkan rahim dan melancarkan perjalanan haid.
7. Masalah Jerawat
Peria katak mempunyai ciri anti radang yang berfungsi untuk menyembuhkan luka. Jadi ianya sangat berguna untuk menghalang jerawat dan menyembuhkan luka jerawat dengan pantas.